4 Cara Mudah Menghilangkan Parut Jerawat


Masalah muka berjerawat biasanya dialami oleh golongan muda hingga dewasa. Walaupun masalah ini cuma masalah biasa bagi semua orang namun ianya dapat memberikan kesan kepada muka jika salah cara rawatannya. Ada kalanya kesan tersebut sepertinya tidak mahu meninggalkan muka kita seolah-olah disitu sudah menjadi tempat tinggal mereka. Dibawah admin sediakan beberapa cara mudah yang boleh anda ikut.



1. Lidah buaya (Alovera)

Lidah buaya telah digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal, kulit dan banyak lagi. Kalau diperhatikan, memang banyak khasiat tumbuhan ini. Tidak hairanlah pokok herba ini sangat popular dalam industri kosmetik dan produk kesihatan. Aloe vera/lidah buaya mengandung semua jenis vitamin kecuali vitamin D

Antara kebaikan lidah buaya:
  • anti-bakteria
  • antioksidan
  • anti-inflamasi
  • membantu mengurangkan parut jerawat
  • dapat membantu pertumbuhan sel baru
  • dapat memperbaiki kulit yang rosak

Cara mudah menggunakan lidah buaya untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil satu batang lidah buaya. Potong bahagian atas dan bawah lidah buaya sehingga nampak isinya. Ambil dan sapu gel tersebut pada parut jerawat. Biarkan lebih kurang 10 minit. Anda juga boleh meletakkan gel tersebut sekali lagi pada bahagian bekas jerawat yang berlubang. Setelah kering bilas muka dengan air bersih.

Untuk keberkesanan yang lebih baik, sapu gel lidah buaya pada parut jerawat sebelum tidur kemudian bilas dengan air bersih pada sebelah paginya. Kalau nak letak pada seluruh muka pun boleh.



2. Menggunakan Masker Tomato

Kalau di ikutkan petua orang tua-tua dulu tomato bukan saja sedap untuk dimakan malah baik untuk melicinkan dan memerahkan kulit muka. Petua ini dikuatkan lagi dengan bukti saintifik. Tomato sarat dengan mineral, kalsium, vitamin A, vitamin C, flavonoid, vitamin B kompleks, tiamin, folat dan niacin. Bukan saja baik untuk kulit tetapi menjaga kesihatan mata. Kandungan antioksidan seperti lycopene dan zea-xanthin dalam tomato mampu melawan kesan kerosakan sel kulit oleh radikal bebas.

Tomato mengandungi Vitamin C dan A. Ia juga mengandungi antioksida yang tinggi. Selain itu, tomato juga dapat:
  • Mencerahkan dan melembapkan kulit wajah
  • Melindungi kulit wajah
  • Mengurangkan wajah berminyak
  • Mengecilkan pori-pori

Bagi mereka yang berminat dengan rawatan secara semula jadi yang murah, mudah dan berkesan, anda boleh gunakan cara mudah ini.

Potong tomato. Tekap hirisan tomato pada parut jerawat. Biarkan 10 hingga 30 minit kemudian bilas dengan air bersih.



3. Menggunakan hirisan timun

Satu lagi cara yang berkesan untuk menghilngkan parut jerawat adalah dengan menggunakan timun. Sama seperti tomato, manfaat timun juga tidak jauh bezanya dan kelebihannya untuk menghilangkan jerawat juga terbukti berkesan.

Berikut adalah beberapa manfaat dan khasiat timun :
  • Menegangkan kulit
  • Mengurangkan garis-garis halus di wajah
  • Mengurangkan eye beg
  • Membunuh bakteria penyebab jerawat
  • Mencerah kulit
  • Memperbaiki sel-sel kulit
  • Mengecilkan pori-pori
  • Antioksida

Cara menggunakan timun untuk menghilangkan bekas jerawat.

Potong timun segar menjadi hirisan nipis. Tekap hirisan timun pada kawasan muka yang mempunyai bekas jerawat. Biarkan selama 15- 20 minit. Selepas itu bilas dengan air bersih. Untuk keberkesanan yang maksima amalkan cara ini sekali sehari pada waktu malam hingga bekas jerawat mulai hilang.


 

4. Menggunakan Krim Wajah

Cara ini sememangnya berkesan jika kena pada produk yang betul. Adalah lebih baik jika kita memilih produk yang berasaskan kepada semula jadi tanpa bahan kimia. Admin sarankan untuk guna PROFIX kerana banyak kelebihanya. Ianya mengandungi 100% Vitamin -E semulajadi (d -alpha tocopherol) yang dirumus dari soya dan telah terbukti berkesan dalam mencegah berlebihan silang dan penuaan, serta melindungi enzim semula jadi pada kulit. Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.

PROFIX bukan sahaja boleh menghilngkan parut jerawat malah ianya juga boleh digunakan untuk mengembalikan kulit bermasalah seperti kulit muka yang berlubang. Ianya terbukti berkesan.Tidak perlu lagi rawatan penstrukturan semula sel kulit muka yang biasanya mencecah ratusan hingga ribuan ringgit. Dengan krim ini anda boleh lihat kesan perubahan pada wajah seawal 7 hari. Anda boleh dapatkan PROFIX disini.


Sebenarnya ada banyak lagi cara mudah, semula jadi dan murah boleh digunakan tapi admin tidak sempat untuk kumpulkan kesemuanya. Kalau ada sebarang cadangan atau pandangan boleh berikan komen dibawah.


No comments

Powered by Blogger.